Kandungan


Laporan Usaha Bagi Menangani Masalah Y2K Di Sektor Awam Negeri Sabah

Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Y2K Sektor Awam Negeri Sabah

Kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas peringkat negeri pada bulan Mei 1998 bagi menangani masalah melinium tahun 2000 iaitu Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Y2K Sektor Awam Negeri Sabah. Jawatankuasa tersebut dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah. Jawatankuasa ini memandu, melaksana dan memantau penyelesaian masalah Y2K di semua agensi sektor awam negeri ini khususnya kementerian, jabatan dan pejabat daerah negeri. Bagi Kuasa Tempatan dan Badan Berkanun negeri, Jawatankuasa ini memberikan panduan dengan memanjangkan surat-surat pekeliling yang berkaitan dan memantau penyelesaian yang dilaksanakan sendiri oleh agensi berkenaan. Setakat ini Jawatankuasa tersebut telah bermesyuarat sebanyak tiga kali selain daripada mengadakan beberapa perbincangan bersama jabatan-jabatan yang terlibat dengan masalah Y2K bagi memandu mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi

Surat-surat Pekeliling Mengenai Y2K Yang Dikeluarkan Oleh Pejabat SKN

Sebanyak tiga siri surat pekeliling yang berkaitan dengan masalah Y2K yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu mengenai :-

  1. Penyedaran dan Panduan Penyelesaian Masalah Y2K Untuk Sistem Komputer - 3 Julai 1998.
  2. Penyedaran dan Panduan Penyelesaian masalah Y2K Untuk Sistem Terbenam (Embedded System) - 12 Februari 1999.
  3. Arahan Penyediaan Pelan Kontingensi Y2K Peringkat Agensi Kerajaan Negeri - 24 Ogos 1999.

Kos Yang Terlibat Bagi Penyelesaian Masalah Y2K Di Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri

Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM3,553,277 untuk menyelesaikan masalah Y2K bagi server di jabatan-jabatan negeri manakala untuk penyelesaian masalah Y2K bagi PC di semua jabatan negeri, Perbendaharaan Malaysia telah bersetuju memberikan peruntukan pinjaman sebanyak RM2,300,000. Setakat ini perjanjian pinjaman telah ditandatangani. Waren peruntukan telahpun diberikan kepada kerajaan negeri. Jadi jumlah peruntukan yang terlibat ialah RM5,853,277.

Perkembangan penyelesaian masalah Y2K bagi PC

Kerajaan negeri sedang dalam usaha menggantikan sebanyak 569 PC jabatan-jabatan kerajaan negeri yang mana dijangka akan selesai pada bulan Oktober 1999.

Perkembangan berkaitan Embedded System

Mengenai sistem terbenam (embedded system) pula, kerajaan negeri tidak menghadapi sebarang masalah kerana melalui maklumbalas terhadap surat pekeliling berkaitan yang telah diedarkan, jabatan-jabatan negeri tidak terlibat dengan masalah ini.

Kerajaan Negeri Bersedia Menghadapi Tahun 2000

Pada keseluruhannya, berdasarkan tindakan-tindakan yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan negeri selama ini bagi menyelesaikan masalah Y2K di peringkat sektor awam negeri, khususnya jabatan-jabatan kerajaan negeri. Kerajaan negeri yakin akan dapat menghadapi tahun 2000.

 

Senarai Aktiviti Bagi Penyelesaian Masalah Y2K Sektor Awam Negeri Sabah
TARIKH
AKTIVITI
Jun 1997
Menyediakan anggaran belanjawan sebanyak RM500,000 untuk penyelesaian masalah y2k jabatan-jabatan kerajaan negeri oleh Jawatankuasa Penggunaan IT Dalam Sektor Awam Negeri, Majlis Teknologi Maklumat Sabah.
4 September 1997
Arahan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri kepada semua pegawai komputer negeri supaya menukar sistem-sistem aplikasi yang di bawah tanggungjawab mereka kepada pematuhan Y2K selewat-lewatnya Disember 1998.
4 Disember 1997 Satu ceramah mengenai metodologi untuk mengatasi masalah Y2K telah diadakan di Shangri-La's Tanjung Aru Resort oleh Wismarin Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
24 April 1998 Mesyuarat Tentang Masalah Y2K Di Sektor Awam Negeri Sabah bersama Setiausaha Persekutuan Sabah dan MAMPU Sabah.
21 Mei 1998 Pembentukan dan mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Y2K Sektor Awam Negeri Sabah di Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN).
15 Jun 1998 Setiausaha Majlis Teknologi Maklumat Sabah menghadiri Mesyuarat IT termasuk mengenai Masalah Y2K di Ibu Pejabat MAMPU, Kuala Lumpur.
3 Julai 1998 Surat pekeliling "Penyedaran Masalah Y2K Sistem Komputer dan Garis Panduan Penyelesaiannya Bagi Sektor Awam Negeri Sabah" telah dikeluarkan oleh pejabat SKN.
29 Julai 1998 Surat Pekeliling "Masalah Y2K Sistem Komputer Agensi-agensi Persekutuan Di sabah" telah dikeluarkan oleh MAMPU, Cawangan Sabah dengan mengambil format surat pekeliling negeri dan tempat rujukan di Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri.
1 September 1998 Penghantaran "Laporan Usaha Menangani Masalah Milenium Menjelang Tahun 2000 Di Sektor Awam Negeri Sabah" kepada Jawatankuasa Khas Milenium Tahun 2000, MAMPU, Kuala Lumpur.
6-7 Oktober 1998 Wakil Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Y2K Sektor awam Negeri Sabah menghadiri Seminar "Y2K Testing & Contigency Plans" di Kuala Lumpur.

8 Oktober 1998

 

Jawatankuasa Penggunaan IT Dalam Sektor Awam Negeri, Majlis Teknologi Maklumat Sabah mengadakan seminar mengenai Y2K untuk semua agensi kerajaan negeri.
9-17 November 1998 3 siri taklimat mengenai Embedded System telah diberikan oleh Setiausaha Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Y2K Sektor Awam Negeri kepada wakil agensi-agensi kerajaan negeri semasa kursus e-mel yang mereka hadiri di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.
28 November 1998 Taklimat Y2K semasa mesyuarat AGINT oleh Setiausaha Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Y2K Sektor Awam Negeri kepada wakil-wakil agensi kerajaan negeri mengenai pengisian borang maklumbalas masalah Y2K di agensi masing-masing.
12 Februari 1999 Pengedaran surat pekeliling "Penyedaran Masalah Y2K Terhadap Embedded System dan Garis Panduan Penyelesaiannya Bagi Sektor Awam Negeri Sabah" oleh pejabat SKN kepada semua agensi kerajaan negeri.
25 Februari 1999 Membuat permohonan bertulis kepada Ibu Pejabat MAMPU mengenai peruntukan untuk penyelesaian masalah Y2K di sektor awam negeri.
23-24 Mac 1999 Wakil Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Y2K Sektor Awam Negeri menghadiri "Bengkel Y2K Kebangsaan".
26 April 1999 Wakil Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Y2K Sektor Awam Negeri menghadiri mesyuarat di Ibu Pejabat MAMPU mengenai permohonan peruntukan Y2K dari kerajaan negeri Sabah.
28 Mei 1999 Setiausaha Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Y2K Sektor Awam Negeri menghadiri mesyuarat mengenai permohonan peruntukan Y2K di Perbendaharaan Malaysia.
10 Julai 1999 Taklimat oleh Setiausaha Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Y2K Sektor Awam Negeri Sabah semasa Mesyuarat AGINT mengenai penggantian PC untuk menyelesaikan masalah Y2K terhadap PC kepada 40 wakil agensi kerajaan negeri yang terlibat.
21-26 Julai 1999 Kementerian Kewangan Sabah mengendalikan penenderan untuk projek penggantian 569 unit PC bagi menyelesaikan masalah Y2K terhadap PC di agensi kerajaan negeri.
31 Julai 1999 Kementerian Kewangan Sabah menandatangani surat perjanjian pinjaman daripada kerajaan persekutuan untuk penyelesaian masalah Y2K terhadap PC di agensi kerajaan negeri sebanyak RM2,300,000.
24 Ogos 1999 Pengedaran Surat Pekeliling Mengenai Penyediaan dan Pelaksanaan Pelan Kontingensi Y2K di semua agensi kerajaan Negeri oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kepada semua agensi kerajaan negeri.
26 Ogos 1999 Timbalan SKN1 bersama Pengarah UST, Pengarah JPKN dan Setiausaha Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Y2K Sektor Awam Negeri menghadiri taklimat mengenai "National Y2K Contingency Plan" di Kuala Lumpur.
14 September 1999 Taklimat untuk semua Pegawai Daerah mengenai Pelan Kontingensi Y2K peringkat daerah oleh Pengarah UST, Pengarah JPKN, Setiausaha Majlis Teknologi Maklumat Sabah, Setiausaha dan seorang ahli Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Y2K Sektor Awam Negeri.
Taklimat untuk SKN dan TSKN1 mengenai Pelan Kontingensi Y2K peringkat negeri dan daerah oleh Pengarah JPKN, dengan bantuan Pengarah UST, Setiausaha Majlis Teknologi Maklumat Sabah, Setiausaha dan seorang ahli Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Y2K Sektor Awam Negeri.
21 Oktober 1999 Semua Ahli Jawatankuasa Operasi Pelan Kontingensi Y2K Negeri menghadiri Majlis Taklimat dan Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Operasi Pelan Kontingensi Y2K Negeri di Hotel Sheraton Subang, Kuala Lumpur.
27 Oktober 1999 Majlis Taklimat dan Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Operasi Pelan Kontingensi Y2K Daerah untuk semua Ahli Jawatankuasa Operasi Pelan Kontingensi Y2K Daerah diadakan di Hotel Pan Pacific Sutera, Kota Kinabalu.
15 Disember 1999 Pusat Operasi Pelan Kontingensi Y2K Negeri dan Daerah-daerah bermula operasi.


|Mengenai Laman Web Ini|Apa itu Y2K?|Sumber Y2K|Usaha Kerajaan Negeri|Maklumbalas Anda|

Laman Utama